2012
PRAGUE 24 Mac – Siri kedua Program Boling Bulanan (PBB) PERWAKILAN Prague bertempat di Best Bowling, Metropole Zlicin dengan jumlah penyertaan melebihi siri pertama PBB bulan lalu. Penyertaan pada siri kedua ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, TYT Duta Besar Pakistan di Republik Czech disertai isteri dan anak beliau.
Pada siri kedua ini, program dua jam yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat kesukanan para peserta menyediakan sedikit hadiah berupa minuman ringan bagi setiap balingan tumbas (strike) terhad kepada 10 tumbas terawal. Hadiah ‘pembakar semangat’ ini merupakan cetusan idea spontan Pengerusi PERWAKILAN Prague, Puan Sakhiah, berikutan kejayaan penganjuran siri pertama yg lalu. Beliau berpendapat hadiah ini dapat meningkatkan daya juang dan persaingan sesama peserta, selain memeriahkan lagi suasana. Penyampaian hadiah segera ini disampaikan oleh Cik Aqra Rania, 4, yang merupakan puteri tunggal Setiausaha PERWAKILAN Prague. Kehebatan Saudara Ismail, penuntut bidang perubatan di Prague membuat balingan tumbas membolehkan beliau memperolehi tiga daripada 10 hadiah yang disediakan.
Siri kedua PBB ini memperlihatkan kehebatan TYT Duta Besar Malaysia di Republik Czech, Tuan Zainal Abidin Bakar sebagai penerima hadiah bulanan berikutan kejayaan beliau mendapat jumlah mata jatuhan pin tertinggi diekori rapat Saudara Ismail dan Puan Sakhiah, isteri beliau sendiri yang merupakan penyandang juara bagi siri pertama yang lalu.
Program boling pada kali ini juga memperlihatkan kesinambungan kejayaan penganjuran yang lalu dengan penambahan tempahan satu lorong lagi menjadikan tiga lorong keseluruhan berbanding dua lorong pada siri yang lalu. Penyertaan peserta juga bertambah menjadi 12 orang pada siri ini. PERWAKILAN Prague mengharapkan aktiviti riadah bulanan ini akan terus mendapat sambutan dan dimeriahkan dengan lebih ramai penyertaan pada masa akan datang. – penyelaras aktiviti PERWAKILAN Prague
FEB 2012
PROGRAM BOWLING BULANAN PERWAKILAN PRAGUE
(Aktiviti tersebut akan diadakan pada setiap pertengahan bulan. Di samping memupuk semangat kesukanan, ianya akan dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan ahli).
PRAGUE 11 Feb – Bertempat di Best Bowling, Metropole Zlicin, siri pertama program boling bulanan anjuran PERWAKILAN Prague telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran penuh ahli PERWAKILAN Prague. Penyertaan penuntut-penuntut Malaysia di Prague turut memeriahkan program bulanan ini. Program yang dimulakan tepat jam 2 petang ini berlangsung dengan balingan pembukaan oleh TYT Duta Besar Malaysia di republik ini, Tuan Zainal Abidin Bakar dan diikuti oleh Pengerusi PERWAKILAN Prague, Puan Sakhiah Soom.
Program yang berjalan selama dua jam ini berjaya mencungkil bakat-bakat kesukanan terutama di dalam sukan boling di kalangan ahli PERWAKILAN Prague selain memperlihatkan semangat kesukanan dan hubungan rapat sesama ahli dan juga penuntut-penuntut Malaysia, yang merupakan majoriti populasi rakyat Malaysia di sini. Sebanyak tiga pusingan (frames) acara ini dapat ditamatkan oleh setiap pasukan yang dianggotai empat orang ahli. Sebanyak dua pasukan yang menyertai program bulanan ini, bersesuaian dengan dua laluan lorong (lanes) yang telah ditempah awal oleh Biro Aktiviti PERWAKILAN Prague.
Siri pertama daripada 12 siri setahun ini yang merupakan aktiviti pembuka tirai 2012 PERWAKILAN Prague menampilkan kehebatan Pengerusi PERWAKILAN Prague, Puan Sakhiah Soom sebagai peserta dengan mata jatuhan pin paling banyak pada petang itu iaitu sebanyak 411 mata diikuti rapat oleh TYT Duta Besar Malaysia di Republik Czech, yang juga merupakan Penasihat PERWAKILAN Prague. Di akhir program, satu acara ringkas penyampaian hadiah kepada peserta dengan jumlah mata jatuhan pin terbanyak telah diadakan dan disempurnakan oleh TYT Duta Besar dan disaksikan oleh semua rakyat Malaysia yang hadir di Metropole Zlicin, petang itu. Program petang itu turut diserikan dengan permainan billiards sebagai acara sampingan. Jurulensa Biro Aktiviti PERWAKILAN Prague juga sempat merakamkan foto aksi-aksi peserta petang itu dan acara penyampaian hadiah.
Program boling ini yang akan dilaksanakan setiap bulan merupakan salah satu di antara program-program berbentuk riadah dan rekreasi yang telah dicadangkan dan di dalam perancangan PERWAKILAN Prague bagi tahun 2012 ini. PERWAKILAN Prague yang telah mengadakan Mesyuarat Agong PERWAKILAN pada 27 Januari lalu juga telah bersetuju untuk mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti berbentuk lawatan, ekonomi dan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk semangat kekeluargaan sesama ahli dan rakyat Malaysia di sini. – biro aktiviti PERWAKILAN Prague
2010
19 Mac 2010
Latihan sukan Badminton telah diadakan pada 19 Mac 2010 di Sportcentrum, Nove Butovice, Ovci Hajek 2174, 15800 Praha 5. Seramai 17 orang telah hadir untuk berlatih terdiri daripada 2 orang ahli Perwakilan dan keluarga masing-masing bersama-sama 11 orang pelajar Malaysia. Latihan bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam.
12 Mac 2010
Senaman ringkas yang diketuai oleh Puan Eliza Dato' Zainudin selaku Jawatankuasa Sukan telah berjaya di adakan pada 12 Mac 2010 di Bilik Galeri, Kedutaan Besar Malaysia di hadiri oleh 4 orang ahli Perwakilan dan seorang ahli keluarga Perwakilan. Ahli-ahli Perwakilan juga mengambil kesempatan belajar langkah -langkah menari poco-poco selepas tamat senaman ringkas.
Latihan sukan Badminton telah diadakan pada 19 Mac 2010 di Sportcentrum, Nove Butovice, Ovci Hajek 2174, 15800 Praha 5. Seramai 17 orang telah hadir untuk berlatih terdiri daripada 2 orang ahli Perwakilan dan keluarga masing-masing bersama-sama 11 orang pelajar Malaysia. Latihan bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam.
12 Mac 2010
Senaman ringkas yang diketuai oleh Puan Eliza Dato' Zainudin selaku Jawatankuasa Sukan telah berjaya di adakan pada 12 Mac 2010 di Bilik Galeri, Kedutaan Besar Malaysia di hadiri oleh 4 orang ahli Perwakilan dan seorang ahli keluarga Perwakilan. Ahli-ahli Perwakilan juga mengambil kesempatan belajar langkah -langkah menari poco-poco selepas tamat senaman ringkas.
2009
PERWAKILAN telah mengadakan sukan boling untuk para ahli dan keluarga di Bowling Centre, Millenium Plaza, Prague 1 pada:
- 10 April 2009 , Millenium Bowling Centrum
- 07 May 2009, Millenium Bowling Centrum
- 29 May 2009, Millenium Bowling Centrum