PERWAKILAN PRAGUE

Penubuhan PERWAKILAN Prague

Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) di Prague telah ditubuhkan pada 26 Mac 2009.  Bilangan ahli PERWAKILAN  Prague setakat ini ialah seramai 5 orang. 


Objektif PERWAKILAN Prague adalah:

(i)     Mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan ahli-ahli PERWAKILAN;

(ii)    Menggalakkan penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti sukan,  sosial dan kebudayaan;

(iii)   Meningkatkan semangat sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan;

(iv)   Membantu ahli-ahli yang baru tiba agar dapat menyesuaikan diri di tempat baru;

(v)    Menyertai program dua hala dengan persatuan-persatuan wanita negara lain; dan

(vi)    Meningkatkan imej Malaysia di Republik Czech.